Thursday, 26 December 2013

Golden Edition - Yang Luar biasa





BLURB :-


Yang Luar Biasa - (Hani Fazuha)

Cinta memang luar biasa kerana ia mampu  merubah banyak perkara. Kerana cinta, Arissa jadi tersepit. Memilih Adam, dia harus mengenepikan rasa hati sendiri. Memilih Zhariz, dia harus membelakangkan keluarga dan memilih Haraz, dia harus bersedia melawan cemburu. Lantas, siapa yang harus dia pilih?


Diary Mrs Ben – (Anna Lee)

Sofia dan Ben, dua sahabat sehati sejiwa. Tiada rahsia antara mereka. Baik buruk diri masing-masing, mereka tahu semuanya. Namun, sesuatu telah terjadi menyebabkan mereka terperangkap dalam satu konspirasi yang tidak terduga!
Konspirasi apakah? Benarkah tiada rahsia antara mereka? Mampukah dua sahabat baik tinggal di bawah satu bumbung?


My Slurpee Slurp! - (Syah Shah)

Masa silamnya gelap. Jiwanya kosong. Dalam perjalanannya mencari arah dan sinar, si dia muncul tiba-tiba. 

"Sebab yang curi-curi tu yang manis. Slurpee slurps kind of yummy..." - Damien


Dear Cinta – (Farah Husain)

Perpisahan itu ibarat kopi tanpa gula. Pahit tapi ada nikmatnya. Tasneem hilang cinta pertama. Namun, takdir Allah itu indah. Kehilangannya diganti dengan pemilik nama; Ariff Hakimi.

Tuesday, 24 December 2013

Bab 9 & 10 : Cinta Kita


Bab 9

True love doesn’t come to you, it has to be inside you – Julia Roberts

Not even a ‘Thank You’ call? – Aidil”
Qistina membaca kad kecil itu untuk kesekian kalinya.  Dia memandang kepada  jambangan bunga yang baru diterima. Sejambak lagi bunga dari Aidil. Bunga matahari. Sama seperti yang diterimanya pada dua minggu lepas. Memang dia sengaja untuk tidak mahu menghubungi Aidil. Dia malas.  Semenjak Aidil kahwin, Aidil memang tidak pernah langsung menghubunginya. Seakan persahabatan mereka dulu tidak pernah wujud. Qistina memang sakit hati apabila dia terkenangkan sikap Aidil itu. Dulu setiap hari Aidil akan menghubunginya. Kadang-kadang lebih dari sekali dan mereka akan berbual lama. Aidil akan bercerita serta berkongsi apa saja dengan dia.
Mengingatkan itu, kadang-kadang Qistina terasa betapa dia bagai telah dipergunakan oleh lelaki itu. Dan dia geram pada dirinya sendiri. Tembok yang selama ini dia dirikan disekeliling hatinya, begitu mudah dirempuh oleh Aidil.  Entah kenapa dari hari pertama dia kenal Aidil, mereka terus ‘click’ dan menjadi kawan. Tapi dia redha atas segala aturan Allah. Hadirnya Aidil dan perginya Aidil dari hidupnya adalah untuk memberi pengajaran kepadanya. Aturan Allah tidak pernah salah cuma sebagai manusia, adakalanya kita gagal untuk memahaminya.
“Cantik bunga tu, Cik Qis.” Sapa Shaza dari luar pintu pejabatnya.
“Masuk Shaza” Pelawa Qistina.
Shaza melangkah masuk sambil tersenyum dan matanya tertumpu kepada jambangan bunga matahari di meja majikannya.
         “Aura bunga terasa sungguh kat bilik ni. Cuma tak ada bau saja. Kalau bunga ros ataupun tuber roses, mesti dah wangi bilik ni. Err.. boss ni ada peminat ke? Ni dah masuk dua kali ni dapat bunga ni. Hehehe…” Shaza tersengih. Di tangannya ada satu mug Hazelnut Coffee untuk Qistina.
“Bukan peminat Sha. Dari kawan lama.” Qistina mengaku jujur.
“Oo... baiknya kawan Cik Qis sampai hantar bunga walaupun tak ada special occasion.” Shaza sebenarnya merasa pelik.  Tapi memang seronoklah kalau ada kawan biasa yang menghantar bunga pada kita saja-saja jer, hati Shaza sudah berbisik.
“Awak ambil bunga ni. Buka bungkusannya dan susunkan ke dalam pasu. Awak letak atas kaunter kafe. Biar aura dia terasa kat sana pula.” Qistina menghulurkan jambangan bunga itu kepada Shaza. Kad kecil masih dipegang.
“Oh! Dah pulak.. Erm… baik,” Shaza teragak-agak mengambil jambangan itu dari Qistina.
“Saya keluar dulu Cik Qis.” Sapanya sebelum melangkah keluar.
Qistina sekadar mengangguk dan matanya kembali membaca kad kecil di tangannya. Selepas membaca, dia membuka laci untuk menyimpan kad tersebut dan dia kembali meneliti dokumen- dokumen yang memerlukan perhatiannya.
Sebentar kemudian iPhonenya berbunyi. Nama AIDIL tertera di skrin. Dia mengeluh. Patutkah dia menjawab? Nak dia biarkan, tak sampai hati pula. Lambat-lambat dia menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum Qis.” Kedengaran suara Aidil yang sudah sekian lama tidak didengarinya.
“Waalaikumsalam.” Qistina menjawab pendek.
“Lama tak dengar cerita. Awak apa khabar?”
“Saya sihat, Alhamdulillah.” Terasa canggung sebab memang dah lama benar Aidil tidak menghubunginya.
“Dah lama kita tak berbualkan? As a matter of fact, kita pun dah lama tak jumpa. Gosh it must have been two years, right?”
“Kenapa tiba-tiba?”
Terdengar Aidil tergelak kecil kemudian diam. Hanya bunyi nafas Aidil kedengaran.
“Awak marah ke?
“Patut ke saya marah?”
Sekali lagi lelaki itu ketawa.
"How come I don't get any Thank You for the flowers I sent? Awak terimakan?" Soal Aidil.
"Kenapa tiba-tiba?" Qistina mengutarakan soalan yang sama.
Dia tak ada masa untuk bermain kata-kata dengan Aidil.
“Entahlah awak. Tiba-tiba saya rasa saya tak lengkap. Saya rasa macam something is missing in my life. Lama saya cuba mencari apa yang missing dan saya rasa sekarang saya dah tahu. I think I miss us.” Ada keluhan di hujung ayat itu.
Qistina sekadar mendengar. Dia juga rindu kepada persahabatan mereka tetapi sekarang sudah ada jurang yang besar di antara mereka. Status mereka sudah berbeza. Tidak lagi seperti dulu dan dia tidak mahu membuka ruang kepada fitnah. Dia tidak mahu ada salah faham nanti.
“Awak?” Aidil memanggilnya.
“Ya. Saya dengar.” Jawab Qistina.
“Kita jumpa nak? Banyak cerita saya nak update kat awak ni.” Suara Aidil berbunyi riang.
“Saya rasa tak payahlah awak.”
“Kenapa?”
“Kedudukan kita sudah berbeza.”
“Maksud awak?”
“Awak sudah berkeluarga. Awak perlu menjaga hati isteri awak. Saya tak mahu timbulkan sebarang salah faham. Saya tak mahu buka ruang fitnah.” Qistina mengharap supaya Aidil faham.
“Kita kan kawan, Qis?” Soal Aidil lemah.
“Ya. Kita memang kawan. Tetapi, tak manis seorang wanita dilihat bersama dengan suami orang. Walaupun kita hanya berkawan tetapi itu boleh menimbulkan fitnah dan saya tak mahu ada hati yang terluka nanti.” Sekali lagi Qistina menekankan mengharapkan untuk Aidil faham.
Aidil diam. Lama.
But I miss you. I miss talking to you. I miss sharing things with you. Can we please meet?”
Qistina mengeluh. Aidil dah merengek macam budak kecil. Guys can be so childish sometimes. Qistina kena kuat.
“Aidil, these feelings will soon pass. Dah dua tahun awak tak hubungi saya dan saya rasa awak ok kan selama itu? Lagipun awak dah beristeri. You should make her your best friend. The one you talk to and share your problems and emotions with.”
It’s not the same, Qis” Keluh Aidil lagi.
Qistina diam sebentar. Dia harus menghentikan perbualan ini.
“Aidil. I have to go. Kena attend to customer. You take care, ok? Assalamualaikum.” Dan dia menamatkan panggilan itu tanpa menanti response dari Aidil.
         Baru sahaja lepas dia ingin menutup matanya, telefonnya berbunyi lagi. Matanya melihat skrin dan terus terbit senyuman di bibirnya.
“Assalamualaikum Ummi.”
“Waalaikumsalam warrahmatullahi.  Qis sihat?”
“Qis Alhamdulillah sihat. Ummi?
“Ummi pun sihat. Alhamdulillah.  Qis tengah sibuk ke tu?”
“Tak ada lah Ummi. Boleh saja kalau nak borak.”
“Hmm.. Ummi nak bagi tahu ni. Pak Long kamu mengajak kita untuk pergi umrah dengan dia sekeluarga. Kamu nak tak?”
“Bila Ummi?”
“Ramadan ni.”
“Hmm.. Ummi nak pergi ke?”
“InsyaAllah, Ummi nak ikut. Kalau boleh, Ummi nak Qis ikut sekali. Dah ada Pak Long ni, senang. Dia boleh jadi mahram untuk Qis. Kalau tidak, Qis kena tunggu sampai Qis bersuamilah baru boleh pergi.” Terang Puan Maryam.
Qistina diam sebentar. Dia memang ada berhasrat untuk membawa Ummi pergi mengerjakan umrah, cuma sejak pihak Arab Saudi memperketatkan syarat-syarat untuk visa umrah, rancangannya terbantut.
“InsyaAllah Ummi. Kita pergi sama. Nanti Qis tanyakan pada Pak Long bila tarikhnya sebab Qis kena cari orang untuk tolong tengokkan Soleil. Berapa lama ya, Ummi?”
“Dalam dua minggu.”
“Oh! Hmm… ok Ummi. InsyaAllah.”
“Err.. Qis?”
“Ya Ummi?”
“Dah ada ke lelaki di kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya?” Soalan mengusik Puan Maryam disertai dengan ketawa kecilnya.
“Hish Ummi ni!”
Pecah ketawa mereka dua beranak.

“Papa…”
Khalish menoleh.
“Bila kita nak pergi jumpa Auntie Qis? Dah seminggu Husna tak jumpa dia. I have so many stories to tell her.”
Why don’t you share them with me instead?” Khalish tersenyum.
“Tak best lah dengan Papa. Husna nak bagi tahu pada Auntie Qis saja. Papa kalau dengar nanti Papa kata boring, tapi Auntie Qis tu dia senyum saja bila dengar cerita Husna.”
“Dulu ok saja Husna cerita dengan Papa.”
“Dulu tak ada Auntie Qis, Husna hanya ada Papa, jadi Husna ceritalah dekat Papa. Nak cerita kat Nek Jah, dia asyik sibuk.”
Khalish pecah ketawa. Ada-ada saja Husna ni. Petah menjawab!
“Hmm.. maybe kita boleh ajak Auntie Qis dinner dengan kita. Hah, cuba Papa call dia?” Bersinar terus mata Husna. Tiba-tiba dapat idea bernas!
“Tak baiklah kacau Auntie Qis. Mana tahu dia sibuk ke? She has a shop to take care of, remember?”
“Ala Papa ni. Kan Auntie Qis ada pekerja-pekerja dia. Call la dia Papa.” Husna dah merengek. Tangan Khalish ditarik-tarik. Khalish mengeluh. Dia rasa tersepit. Antara melayan kerenah si anak dan rasa segannya pada Qistina. Terasa bagai dia menyusahkan Qistina. Dia tak mahu meletakkan Qistina dalam keadaan serba salah. Dia tak tahu bagaimana dia harus terangkan supaya Husna dapat faham.
“Papa!” Husna menepuk lengannya.
“Ya. Papa dengar.”
Then? Papa tak call pun” Husna sudah mencebik.
“Ok. Papa sms saje ya?”

[Salam. Husna would like to invite you for dinner tonight. Are you free? – Khalish]
[Salam. Sure. What time & where shall I meet you both? – Qistina]
[Selepas Maghrib. Saya datang jemput di Soleil? - Khalish]
[Oh ok.. see you then. – Qistina]
[Thank you. – Khalish]


Bab 10

Love has reasons which reason cannot understand – Blaise Pascal

“Lambat balik?” Ira menegurnya sebaik saja dia melangkah masuk.
“Assalamualaikum Tuan Rumah.” Qistina memberi salam. Dia melangkah menuju ke sofa di sebelah Ira. Terasa letih badannya.
“Waalaikumsalam Puan Tanah.” Ira tersengih.
“Kau dari mana ni? Dah dekat pukul sebelas ? Jarang kau balik lambat macam ni.”
“Aku pergi dinner.”
“Dengan siapa?”
“Dengan Husna dan Khalish”
“WAH! Dengan Husna dan Khalish? Kat mana? Best tak? Khalish ada cakap apa-apa tak? Details-details! Cepat!” Mode nenek kebayan dia dah ON.

“Assalamualaikum Auntie.” Kepala Husna menjengah dari luar pejabatnya. Senyuman manis terukir di bibir.
“Waalaikumsalam Husna.”
“Auntie dah siap?”
“Siap? Siap nak pergi mana?” Usik Qistina.
“Kita kan nak pergi dinner.  Kan Papa dah bagi tahu tadi?”
“Ya ke? Auntie tak tahu pun?” Qistina buat muka terperanjat.
“La, Papa tak sms ke tadi?” Husna sudah mula memusingkan badannya.
“PA…..”
“Eh! Eh! Husna! Auntie tahulah. Papa dah sms tadi. Auntie saja kacau Husna.” Qistina cepat-cepat memotong panggilan Husna kepada Khalish.
“Ah… Auntie naughty!” Husna melangkah masuk ke arah meja Qistina dan dia menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Qistina. Selepas bersalam, Husna terus memeluk Qistina erat. Sekali lagi Qistina terkejut.
“Husna rindu kat Auntie! Hmm..Auntie ni wangilah.”
Qistina membalas pelukan anak itu. Dalam dia mengusap rambut Husna, matanya terpandang Khalish yang sedang menyandar di pintu pejabatnya dan sedang memandang tepat kepadanya.  Dalam sungguh pandangan itu. Sarat dengan emosi. Tiada senyuman. Hanya renungan. Mata mereka berpaut lama, selama pautan Husna di bahunya. Qistina cuba meneka apa yang bermain di fikiran Khalish.
“Jom Auntie.” Pelukan dilepaskan dan tangan Qistina diraih. Pandangan dua mata juga terlerai.
Qistina tersenyum memandang Husna. Begnya dicapai.
“Jom!”
         Di dalam kereta, Khalish hanya berdiam diri. Hanya Husna sahaja yang riuh bercerita. Dalam Qistina melayan Husna berbual dia sebenarnya sedikit tidak selesa dengan sifat diam Khalish malam itu. Marahkah Khalish kepadanya? Dia takut kalau-kalau Khalish merasa yang dia sedang menggunakan Husna untuk mendekatinya. Sungguh dia takut.
Namun apabila mereka sampai di restoran, Qistina sedar mood Khalish sudah berubah. Lega rasa hatinya.
“Husna nak makan apa atau nak Papa orderkan?” Kedengaran suara Khalish lembut menyoal Husna.
Husna dan Qistina sedang asyik meneliti menu di tangan. Kali pertama mereka di situ maka haruslah meneliti apa yang ada.
“Qis? How about you? Western or local?” Soal Khalish kepada Qistina pula.
Qistina sedikit tergamam apabila Khalish memendekkan panggilan namanya sebegitu.
“Hmm.. Husna nak spaghetti meatballs lah Papa.” Husna sudah memilih.
“Ok. Qis?”
“Hmm.. I will go for fish and chips, please.”
“Ok. Drinks? Husna?”
Carrot susu, Papa.”
Qistina tersenyum. Husna tahu apa yang dia mahu. Dia tidak teragak-agak dalam pilihannya. Satu sikap yang jauh matang dari usianya.
Khalish beralih pandang kepada Qistina.
“Sama. Carrot susu.”
Yeay. Kita sama!” Husna senyum lebar.
“Ok – let’s order then.” Khalish memanggil pelayan.
Selesai makan, Husna mengajak mereka untuk makan aiskrim pula.  Khalish memutuskan untuk mereka membeli dari 7-Eleven saja dan kemudian mereka melangkah ke taman berhampiran untuk menikmati aiskrim itu.
“Husna, make sure you are sitting down when you are eating.”
Yes, Papa.” Jawab Husna sambil berjalan menuju ke buaian yang di tengah padang dengan ais-krim di tangan.
Thank you for having dinner with us.” Khalish berkata perlahan. Matanya tidak lepas memandang anaknya. Nasib baik cahaya di taman itu terang. Mereka berdua sedang duduk di kerusi batu di tepi taman. Ada beberapa keluarga juga kelihatan membawa anak-anak mereka keluar bermain. Mungkin di malam hari, cuaca sedikit sejuk berbanding dengan terik matahari di sebelah petang. Ada juga beberapa pemuda yang sedang berjogging disekeliling taman.
There’s no need to thank me, Khalish. I enjoyed the dinner and especially the company. And now I am enjoying this ice cream.” Qistina tersenyum sambil menunjukkan aiskrim di tangan.
Khalish memandangnya sekilas namun tiada senyuman di bibirnya. Khalish yang serius sudah kembali nampaknya.
“Qis.”
Yes?
I must thank you for your time. I hope that we are not imposing on you. If we are, dan awak rasa terpaksa, saya minta maaf .Saya risau sangat kalau kami menggangu kehidupan awak. Saya rasa segan dengan awak sebenarnya. Tapi kadang-kadang saya kalah dengan Husna. Dia beriya-iya sangat nak jumpa dengan awak. She seems to be so smitten by you. This is the first time for her to be so attached to someone. Saya cuba untuk buat dia faham tapi she is only seven so it is not easy.” Panjang kata-kata Khalish dengan matanya yang masih tertumpu kepada Husna. Satu nafas panjang dilepaskan.  Lega rasanya apabila dia sudah meluahkan apa yang dia rasa di dalam hati. Perkara yang bermain di kepalanya sepanjang malam itu.
Qistina diam sambil cuba memproses apa yang baru Khalish luahkan. Berat sungguh bunyi suara lelaki itu. Rupanya inilah yang bermain di fikirannya. Yang membuatkan Khalish diam semasa mereka di dalam kereta menuju ke restoran tadi.
Qistina cuba menyusun ayat. Matanya juga tertumpu kepada Husna yang ketika ini kelihatan sedang seronok bercerita dengan kawan disebelah buaiannya.
“Khalish. Pertamanya, percayalah yang saya tak pernah rasa terpaksa. Jadi, tak payahlah awak nak rasa risau, segan atau susah hati. And you guys are not imposing anything on me.
Percayalah. Saya ikhlas. I don’t mind spending time with Husna. I love children and I love being around them. Besides, Husna is an angel. She lights up a room when she walks in. You are lucky to have her and I thank Allah for the opportunity to know her. Jujurnya, saya pun rasa attached dengan dia. She has a special place in my heart. I even miss her chattiness when I don’t see her.” Qistina juga berhujah panjang.  Dia mahu Khalish faham hatinya dan tidak mahu ada rasa bersalah atau pun sebarang salah faham. Dia berpaling memandang Khalish dan mata mereka bertentang sebentar.
Khalish tersenyum manis.
Hati Qistina bergetar tiba-tiba.
Thank you, Qis. Lega saya.” Kedengaran Khalish menghela nafas panjang.
But please don’t tell her that I miss her chattiness,ok?” Qistina membuat lawak untuk menutup gugup di hatinya.
Khalish tertawa kecil. Angguk dua kali.
Pinky swear!” Kata Khalish selamba.
Giliran Qistina pula untuk ketawa.
And you know what, Khalish? If she wants to come by the shop on weekends, you can just drop her off and I will take care of her. I can send her home after. It will not be a problem at all.”
“Qis, awak tak risau ke kalau Husna asyik mengekori awak nanti, ‘saham’ awak jatuh? Saya risau tau. Nanti orang ingat Husna tu anak awak. Nanti lari jodoh awak.”
Qistina ketawa lagi. Pandai juga Khalish buat lawak.
“Saya percaya kepada aturan Allah, Khalish. Kalau jodoh saya tu lari semata-mata kerana saya bersama Husna, maknanya dia bukan jodoh saya.”
Khalish sekadar mengangguk perlahan. Dia merenung Husna. Memikirkan bagaimana reaksi Husna nanti kalau Qistina sudah bersuami. Semestinya bila Qistina sudah bersuami nanti, dia tidak akan ada banyak masa seperti sekarang untuk Husna. Suami Qistina mungkin tidak akan senang dengan Husna. Bila tiba masa itu, bagaimana Khalish nak kawal emosi Husna? Mukanya diraup. Nafasnya berat. Sempit dadanya bila memikirkan hal itu. Pantas dia bangun menuju ke Husna.
“Jom kita balik, Husna.”
“Ok Papa.”

Bersambung dalam Novel CINTA KITA, terbitan Idea Kreatif Januari 2014.

Bab 7 & 8 : Cinta Kita


Bab 7

The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched – they must be felt with the heart – Helen Keller

[Salam. Boleh jumpa esok? Saya nak pulangkan kereta.- Qistina]
[Salam. Boleh. My office. 11am? - Khalish]
[Ok. See you then, InsyaAllah. – Qistina]

“Auntie Qis!” Terdengar satu suara memanggilnya. Qistina yang ketika itu sedang membeli barang-barang dapur segera menoleh untuk mencari suara itu.
“Hi Auntie!” Husna sudah tersenyum di hadapannya.  Mata Qistina pantas mencari Khalish. Risau kalau-kalau Husna ni berjalan berseorangan.
“Papa ada kat situ.” Husna menjuihkan bibir ke arah Khalish yang sedang menolak troli ke arah mereka.
 How are you Auntie? Lama tak jumpa Auntie.”
“Alhamdulillah Auntie sihat. Husna?”       
“Husna pun siiiiihatttt... Alhamdulillah..hehe..”
“Assalamualaikum. ” Khalish memberi salam.
“Waalaikumsalam.” Jawab keduanya dan Qistina dan Husna sama-sama senyum.
“Husna nak beli apa ni?” Soal Qistina setelah dia melihat seakan ada satu kertas kecil di tangan Husna.
“Oh.. Husna nak beli barang-barang dalam senarai ni.  Semalam Husna dah tulis dan beritahu Papa. Kan Papa?”
Khalish sekadar tersenyum dan mengangguk. Memang dia mengajar Husna untuk membuat senarai apa yang ingin dibelinya sebelum mereka ke kedai. Senang nak kawal pergerakkan Husna jika sudah ada senarai di tangan.  Disiplin kena diajar dari kecil supaya senang bila anak-anak dewasa nanti.
“Hmm..Banyak ke tu?”
“Baaaanyak.  Meh Husna tunjuk kat Auntie. Jom ikut!”
Qistina mengikut Husna apabila si kecil itu menarik tangannya. Nasib baik dia memang sudah selesai membeli barang-barang dapurnya.  Layan saja lah si kecil ni. Khalish hanya mengikut mereka dari belakang dan tidak banyak bercakap. Tapi Qistina tahu, mata Khalish tak lepas memerhati gelagat Husna.
Selepas mereka membayar belian masing-masing, Husna mengajak Qistina untuk duduk minum bersama mereka pula. Memandangkan dia pun tidak ada apa-apa rancangan lepas itu, dia pun mengikut sahaja.
“Maaf kalau kami mengganggu” Ujar Khalish semasa Husna bangun untuk membasuh tangan.
It’s ok. Saya pun tak ada apa-apa urusan.” Jawab Qistina sambil matanya memandang Husna.
“Tak sangka pula kita boleh jumpa di sini. Kecilnya dunia. Kereta awak ok?”
 “Alhamdulillah. Thanks again.
“Alhamdulillah. No need to thank me. Memang salah saya pun.” Khalish tersenyum manis.
Hati Qistina berdebar melihat senyuman itu. Jantungnya juga berdegup sedikit laju. Senyuman si Papa sama manis dengan senyuman si anak. 
Qistina teringat kepada pertemuan mereka dua hari lepas apabila dia ke pejabat Khalish untuk memulangkan kereta pinjamnya. 
Lama juga dia terpaksa menunggu setelah diberitahu yang  Khalish sedang bermesyuarat. Nasib baik dia sendiri tak ada appointment. Kalau tidak, boleh jadi haru jadualnya.
Sedang dia leka dengan iPhonenya, Khalish datang menegur.
“Assalamualaikum. Maaf sebab awak terpaksa menunggu lama. Saya kena attend mesyuarat tergempar tadi. Ada perkara yang kena kami selesaikan segera.” Terang Khalish. Di wajahnya jelas ada rasa bersalah.
“Waalaikumsalam. It’s ok. Lagi pun selesa tempat menunggu ni.” Balas Qistina tersenyum. Yalah, kalau dia kena menunggu di bawah cahaya matahari, harus dia migrain.  Dia menatap sebentar rupa Khalish yang tampan itu. Rambutnya elok tersusun. Sungguh tiada cela di wajah lelaki ini. Kemeja jalur kuning dikenakan dengan tali leher berwarna hitam beserta seluar slack hitam. Lengan baju sudah dilipat ke siku. 
Lunch?” Khalish mengajaknya.
“Hah?” Qistina terkejut. Dia melihat jam ditangan. Lunch tak ada dalam rancangan asalnya.
“Dah dekat pukul satu ni. I am sure you belum lunch lagi kan? Saya pun dah lapar. So why don’t we go for lunch?’  Ajak Khalish lagi.
‘Takkan nak tunggu tiga kali kot, Qis?’ desis hati Qistina.
“Ok. Jomlah.” Pelawaan diterima.
Qistina hanya mengikuti jejak Khalish. Dia tidak biasa dengan kawasan itu. Ini baru kali kedua dia sampai ke kawasan pejabat itu. Khalish diam dalam mengatur langkah ke restoran berhampiran.
This is my lunch spot kalau tak ada appointment dengan client.” Terang Khalish. Dari kad yang diberi dulu, Khalish adalah seorang arkitek.
Qistina mengangguk sambil memandang ke sekeliling.
Nice ambiance. Looks like business is good.” Komen Qistina.
The food is good too and that is most important. Come.” Khalish memandang tepat ke arah matanya.
Qistina mengangguk lagi dan mengikut Khalish ke satu meja yang kosong.
So, are you familiar with this area?” Soal Khalish setelah pelayan berlalu bersama pesanan mereka.
I am not, actually. This is my second time here.”  
I see. Well,  kami sudah lima tahun berpindah ke sini. It’s quieter than being in the middle of KL kan? In and out pun tak berapa sesak.”
Yup, I agree and  I love the landscape. Banyak pokok. Sejuk mata memandang.”
Qistina dapat rasakan yang Khalish sedang merenungnya. Dia terasa segan dan cepat mengalihkan tumpuan ke luar restoran.
So Soleil means sunshine in French, right?” Soalan Khalish membawa pandangan Qistina kembali kepada lelaki itu.
Qistina terpegun sebentar. Tak sangka Khalish mahir berbahasa Perancis.
You are right and I am impressed.” Pujinya jujur.
Khalish tersenyum.
“So how old is CafĂ© Soleil? Are you the sole owner?”
Yup, she’s my baby. Alhamdulillah dah nak masuk dua tahun”. Ya, ‘anak’ Qistina baru belajar untuk bertatih.
Really? I am surprised. It looks very well established. Looking at it, one would never think that the place is only two years old and business looks good too. Jarang saya tengok kedai buku yang berkonsep seperti Soleil boleh sebegitu maju.”
“Mula-mula tu saya risau juga. Macam yang awak kata, tak banyak kedai buku with this concept dapat diterima. Tapi Alhamdulillah rezeki itu dari Allah. Kami berkerja kuat dengan melakukan berbagai promosi dan run events supaya kami dapat attract repeat customers and build loyalty among them. Kami juga survive through word-of-mouth.
And that is the most powerful form of advertising.” Khalish memberi pandangan.
“Yup dan yang paling penting ia percuma.” Sambung Qistina sambil tertawa kecil.
Perbualan mereka terhenti apabila pelayan datang menghantar minuman.
“Husna loves your shop. She keeps asking and insisting that I take her there again.” Khalish bercerita sambil tersenyum. Asal terbit nama Husna, pasti terbit senyuman di bibir keduanya.
“MasyaAllah, she is just so sweet and so adorable.” Puji Qistina ikhlas.
She gets that from her mother.”
Qistina mengangkat kepala dari merenung gelas minumannya dan memandang ke mata Khalish. Seakan ada duka di situ. Mata mereka bagaikan terkunci untuk beberapa saat.
“Hmm.. Isteri you kerja di mana?” Mulanya Qistina segan untuk bertanya namun bila Khalish dah menyebut ‘isteri’ maka Qistina rasa inilah peluang dia untuk bertanya.
She is no longer with us. Arwah meninggal selepas melahirkan Husna. It is just me and Husna now.” Terang Khalish dengan nada yang perlahan. Ayat akhir itu terdengar sayup di telinga Qistina.
“Oh! I am so sorry Khalish.” Qistina dah serba salah dan hatinya tiba-tiba sebak. Sebak mengenangkan Husna yang membesar tanpa kasih seorang ibu di sisi. Anak comel yang sentiasa tersenyum riang itu rupanya tidak beribu. Sungguh Qistina tidak sangka.
‘Ya Allah, Kau lindungilah anak itu sentiasa.’ Satu doa dipohon untuk si kecil.
Thanks. It’s ok. Saya redha. Ini aturan Allah untuk kami.” Khalish memandang Qistina dan dia perasan mata Qistina sedikit berkaca. Hatinya sedikit tersentuh.
How about you? Are you married?” Soal Khalish terus.
Since we are on the subject, tanya saja la Khalish. Kalau dah tahu senang.’ bisik hatinya. Senang dia tahu perimeternya.
I am not. Single and looking.” Qistina menjawab jujur.
Khalish mengangguk. Suka mendengar jawapan jujur itu.
“Too busy?”
“Hmm.. tak juga.,” Qistina sudah ketawa kecil. Segan pula rasanya bercakap mengenai hal jodoh dengan lelaki itu.
“Mungkin belum sampai masanya. Mungkin saya belum bersedia. HE knows best, right?”
“Yup, HE is the Best Planner. InsyaAllah, when the time is right and when the right person comes along, He will give it to you. So have faith in Him, ok? Just never give up.” Nasihat Khalish.
 Papa! Auntie Qis! Lepas ini kita nak pergi mana?” Soalan Husna mengejutkan Qistina dan membawa tumpuannya kembali kepada si anak kecil dan lelaki yang di hadapannya ini.
“Lepas ni, kita balik rumah. Esok kan sekolah?” Jawab Khalish tegas.
Si kecik menarik muncung tak puas hati.




Bab 8

Love cannot be learned or taught; Love comes as grace – Rumi

“Cepatlah Papa!” Husna sudah menjerit dari bawah.
“Husna, mari sarapan dulu.” Suara Nek Jah kedengaran dari dapur.
“Tak nak lah. Husna nak pergi jumpa Auntie Qis ni, Nek Jah.”
“Ya lah Nek Jah tahu. Dari semalam Husna dah cerita tetapi Husna mesti kena makan sarapan dulu. Kalau tidak nanti perut Husna masuk angin. Nanti sakit perut, Husna juga yang susahkan? Bukan Nek Jah.” Mak Jah sudah menapak ke ruang tamu. Dia menggeleng melihat Husna yang sudah tak sabar-sabar nak keluar. Sejak akhir-akhir ini, memang nama itu sering bermain di bibir anak itu.
Angguk dua kali.
“Ok. Husna tunggu Papa ya, Nek Jah?”
“Macam tu lah cucu nenek.”
Selepas saja sarapan, Husna merengek lagi meminta Khalish supaya segera bersiap.
“Baby, kedai Auntie Qis belum buka la sayang.” Pujuk Khalish.
“Ala.. kedai tu buka pukul berapa, Papa?”
“Papa pun tak tahu tapi sekarang baru pukul sembilan pagi. Papa sure kedai tu belum buka.”
“Papa tanyalah pada Auntie Qis.” Pinta Husna.
“Kita tak payah kacau Auntie Qis la Baby. Nanti pukul sebelas, kita pergi ya. Kedai Auntie mesti dah buka masa tu. In the mean time, why don’t you go and find a book to read? Ok precious?
Husna sudah tarik muncung.
“Ala… Papa call la tanya.. pleeeeaseeeee.....” Matanya dikelip-kelip dua kali. Buat muka kesian.
Khalish serba salah. Dia tak mahu menggangu Qistina. Apalagi pada pagi Ahad dan seawal begini.
“Papa sms la kalau tak nak call Auntie Qis.” Pinta Husna lagi. Seakan dia dapat membaca fikiran Khalish.

[Salam. What time does your shop open? – Khalish]
Sebentar kemudian jawapan Qistina diterima.
[Salam. 10.30pagi. Husna nak datang? – Qistina]
[Yup - Khalish]
[Hi Auntie! See you soon J – Husna]

“Awak boleh tinggalkan Husna kat sini kalau awak ada other things to attend to. She will be fine here.” Pelawa Qistina kepada Khalish. Sudah hampir tiga jam mereka berada di kedainya. Husna kelihatan begitu leka membaca di Junior’s Zone and sekali sekala dilihat dia berbual dengan kanak-kanak lain yang berada di situ. Husna yang ramah, senang membuat kawan. Qistina seronok memerhatikan gelagat si comel itu..
It’s ok. Saya tak ada urusan lain. Sunday is my time with her. Tapi yang lainnya hari ni, Husna is pre-occupied with her books and not with me,” Khalish tersenyum.
Besides, I can also do some reading myself. You have quite a collection here.” Sambil menayangkan buku Architectural Digest edisi terbaru yang sedang dibacanya.
“Alhamdulillah. We try to cater for all,”
“Hrmmm..Dah masuk lunch time ni. Husna tak lapar ke? Did she have a big breakfast this morning?” Soal Qistina. Jam ditangan sudah menunjukkan waktu satu setengah tengah hari.
Khalish turut sama melihat jam ditangannya.
“Wow, cepatnya masa berjalan.” Buku yang di tangan ditutup dan diletakkan di atas meja.
Kalau dah leka membaca, masa memang akan terasa berjalan dengan begitu cepat. Seakan masa itu mencemburui kita.  Kadang-kadang bila Qistina sendiri asyik membaca,  dia mahu masa itu berhenti.
Actually dia tak makan sangat pun sarapan dia tadi. Tak sabar nak datang sini. Pukul lapan pagi dah menjerit suruh saya bersiap. Bila saya cakap yang Soleil belum buka lagi, dia dah tak senang duduk dan insisted that I call you to find out. Bila saya tak nak, dia suruh sms pula.” Balas Khalish.
Qistina tersenyum mendengar cerita Khalish. Matanya dilarikan memandang Husna seketika.
I must apologise for both of us. Maaf sebab kami menganggu awak di pagi Ahad, Qistina.”
It’s ok. No worries. Tak mengganggu pun. I was already up.” Jawab Qistina. Matanya tak lepas memandang Husna. Rasa sayang kepada Husna terbit di hatinya. Apatah lagi bila dia mengetahui bahawa Husna tidak mendapat kasih seorang ibu semenjak dia dilahirkan.
Shall we go somewhere for lunch? We have been here for three hours, I think a change of scenery would be good; although no offence, your place here dah cukup cantik and very homey.” Ajak Khalish.
“Boleh tapi kita solat dulu ya? Bilik solat ada di sebelah pejabat. ” Cadang Qistina.
“Ok. Let’s.” Khalish mula bangun menuju ke sudut dimana Husna duduk.
“Husna, jom solat.” Ajak Khalish bila dia hampir pada Husna. 
Husna mengangkat kepala dan menguntumkan senyuman yang manis buat Papanya.
“Jom Papa” Alahai. Patuhnya anak ini.

Khalish membawa mereka ke Lake Club di Tasik Perdana. Ketika mereka melangkah masuk, restoran itu kelihatan penuh. Ramai yang sedang menikmati makan tengah hari bersama keluarga. Hari Ahad – hari bersama keluarga. Bonding time.  Nasib baik ada meja untuk mereka.

Pada mata kasar, pasti mereka bertiga juga kelihatan seperti satu unit keluarga yang lengkap. Yang lelaki cukup segak berbaju T warna hitam dan berseluar jeans biru dan yang wanita pula begitu ayu bertudung biru polos dengan baju blouse putih berbunga kecil serta berskirt biru. Anak mereka yang bergaun putih pula sangatlah manis kelihatannya. Husna petah bercakap bagai tidak mahu berhenti. Ada saja yang ingin dia ceritakan. Kedua Khalish dan Qistina hanya diam mendengar dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir. Masa berjalan masuk pun, Husna berjalan di tengah sambil memegang tangan Khalish di kanannya dan tangan Qistina di kirinya.
Di dalam kepetahan dan keriuhan Husna, Qistina merasakan satu perasaan tenang hadir di hatinya. Dia berasa sangat senang dengan keadaan mereka ini. Walaupun dia baru mengenali Khalish dan Husna, dia rasa amat selesa apabila bersama mereka. Terasa bagaikan dia telah lama kenal dengan kedua beranak ini. Sikap Khalish yang peramah membuat dia tidak segan untuk bersama mereka. Sikap Husna yang manja memang cukup menyenangkannya. Namun dia sedar bahawa dia tidak boleh terlalu melayan perasaannya itu. Cukuplah apa yang dia lalui bersama Aidil. Hubungan mereka yang rapat dan dia yang dalam diam menyimpan rasa akhirnya membawa kekecewaan kepadanya. Cukuplah. Dia serik. Dia tak mahu terluka lagi. Dan untuk tidak terluka, hatinya harus dipagar rapi.
“Husna, makan dengan tangan kanan.” Teguran Khalish membawa perhatian Qistina kembali ke meja makan.
“Oh, sorry.” Husna menukar garpu di tangan kiri dan menyuap mee ke dalam mulut dengan tangan kanannya.
“Auntie tahu tak kenapa kita kena makan dengan tangan kanan?” Soal Husna selepas dia mengunyah makanan di mulut.
Qistina yang sengaja ingin mendengar celoteh anak itu, menggeleng.
“Auntie tak tahu. Why?” Soalnya.
“Sebab, Papa kata Rasulullah suruh kita makan dengan tangan kanan.” Terang Husna. Seronok wajahnya dapat berkongsi sesuatu yang dia sangka Qistina tidak tahu.
“Ohh… Husna tahu apa minuman kegemaran Rasulullah?” Soalnya pula kepada si kecil.
“Susu!”
“Pandai! Good girl..” Puji Qistina. Sejuk hatinya melihat kepandaian anak ini.
“Hmm… Auntie, lepas ni kita jalan-jalan dekat luar nak tak? Kat sini ada taman rama-rama. Best.” Ajak Husna ceria.
“Husna, Auntie has to work.” Terang Khalish. Menjawab bagi pihak Qistina.
But it’s Sunday.” Jawab Husna.
Yes, she works on Sunday too.  Tadikan Husna pergi kedai Auntie? When the shop is open, that means Auntie is working.” Terang Khalish perlahan.
Husna terdiam. Mungkin sedang cuba memahami apa yang diterangkan oleh Papanya. Mungkin padanya, hari Ahad ialah hari cuti untuk semua orang.
“Oh, ok so lepas makan kita kena hantar Auntie balik kedai dia kan?” Soal Husna lagi.
Khalish mengangguk.
“Ok. Auntie. Lain kali kita datang dan tengok rama-rama, ya?”
“InsyaAllah, Husna.”
“Ok Papa. Husna nak balik ke Soleil and sambung baca buku.” Husna tersenyum puas.
 ‘Dah sudah. Berapa lama dia nak duduk kat kedai tu?’ bisik hati Khalish.

Khalish memandang wajah Husna yang sedang lena tidur. Lama sungguh mereka habiskan masa di kedai Qistina hari ini. Itu pun puas dia memujuk mengajak Husna balik.  Agaknya kalau tidak, Husna pasti mahu menunggu sampai kedai itu tutup supaya dia boleh balik bersama Qistina.
Perasaan Khalish sedikit terusik melihat Husna yang begitu manja dengan Qistina. Walaupun baru beberapa kali mereka berjumpa, mesranya lain benar. Sebelum ini Husna tidak pernah mahu rapat dengan seorang pun kawan-kawan wanitanya. Baik yang bujang atau pun yang sudah berkeluarga. Husna memang peramah tetapi Khalish tak pernah nampak Husna sebegini attached dengan sesiapa seperti dia lihat Husna bersama Qistina.  Sikap Qistina yang rajin melayan kerenah Husna juga tidak membantu. Terbit risau di hati Khalish.
Walaupun sudah hampir lapan tahun Dahlia meninggalkannya sendirian, tidak pernah terdetik di hatinya untuk mencari pengganti. Padanya biarlah Dahlia menjadi yang pertama dan terakhir buatnya. Tidak sanggup dia membahagikan kasih sayangnya serta cintanya kepada Dahlia dengan wanita lain.
Cukuplah Husna untuknya.


Bersambung...
There was an error in this gadget