Friday, 3 January 2014

Pergi Tanpa Alasan : Bab 7, 8 & 9

Bab 7

MELANGKAH ke bilik, Hakim bukannya terus mandi. Dia melencong ke balkoni, menikmati udara segar. Kedua tangannya memegang palang besi dan kepalanya didongak ke langit. Bulan nampak terang tetapi bintang masih jelas kerlipannya.
"Rin... kalau boleh, I nak selalu disamping you begini. Macam langit yang sentiasa peluk bintang tu," teringat kembali kata-katanya pada Rihana suatu ketika dulu.
Waktu itu, mereka sedang menikmati angin malam sambil memandang bintang bertaburan di balkoni Hotel Pullman Putrajaya.
Hakim pejam mata, membayangkan saat ini dia sedang bersama Rihana sebagaimana waktu-waktu dulu. Lantas, kenangan lalu bertandang lagi menjamu fikirannya.
Hari itu, dia menghadiri meeting di Putrajaya dan tak sempat ke club untuk menemui Rihana. Lantas, dia tempah bilik di Pullman Putrajaya dan meminta Abang Adnan, pemandu peribadi yang paling dia percaya menjemput Rihana ke situ.
"Mmmm... miss you so much." Hakim terus peluk Rihana sebaik wanita itu muncul di muka pintu bilik hotel tersebut. Memandang wajah Rihana, kepenatan bekerja seharian terus terbang melayang.
"You dah makan ke belum? I dah order dinner untuk kita, tapi kebab aje. Atau you nak tambah apa-apa?" soal Hakim. Jemari Rihana dicapai dan dicium berkali-kali.
 "It's okey Hakim. Dengan you, makan kuih ketayap pun I rasa macam makan chicken chop." Rihana bercanda sambil telunjuknya mencuit pipi Hakim sebelum melenggang ke bilik air untuk membersihkan wajah.
Hakim geleng kepala sambil menghantar lenggok Rihana dengan pandangan mata dan debaran di dada. Rihana tak perlu buat apa-apa, hanya jenaka spontan bersama senyuman di bibir sudah mampu membuatkan nafas dia jadi tersekat-sekat.
Sementara menunggu Rihana di bilik air, Hakim ke balkoni menikmati pemandangan indah Tasik Putrajaya yang boleh dilihat dari situ. Belum sempat Rihana keluar, pesanan untuk dinner mereka sudah sampai dan Hakim letakkan di atas meja bulat di balkoni.
Di tengah-tengah diletakkan sebatang lilin yang dia pesan dari pihak hotel untuk memberi mood romantik. Malam itu dia akan makan sambil menikmati udara segar Putrajaya bersama Rihana.
Keluar dari bilik air, Rihana sudah nampak Hakim yang sedang duduk di balkoni bersama hidangan dan juga sebatang lilin warna pink yang telah dinyalakan. Pantas dia atur langkah dan duduk di depan Hakim.
"Kita makan dulu yer, I dah lapar ni." ujar Rihana sambil menggosok perut. Tengok kebab aje, air liurnya hampir meleleh.
Hakim senyum sambil angguk kepala. Dia tahu, selain ayam atau daging panggang, Rihana juga suka makan kebab ayam. Macam keturunan Arab, selera timur tengah.
Makan tanpa suara, Hakim leka memerhati gelagat Rihana.  Malam ini, Rihana mengenakan gaun tanpa lengan ala-ala Cinderella berpotongan V di leher, mendedahkan dadanya yang putih gebu. Warna merah saga memang sesuai dengan warna kulit Rihana yang putih itu.
Ah! Rihana pakai apa pun memang nampak cantik saja. Kalau orangnya dah cantik, pakai apa pun tetap cantik.
Sedang asyik meneliti Rihana, mata Hakim jatuh pada bibir Rihana yang sudah comot dengan sos kebab. Mmm... makan macam budak-budak.
“Bibir you comot, nak I lapkan ke?” Hakim berikan isyarat menggoda.
Rihana senyum. Tahu sangat Hakim sedang menggodanya. Tapi, sekarang ni dia tengah lapar. Godaan Hakim tak menarik minatnya kerana kebab di tangan lebih menyelerakan. Lantas, bibirnya dilap menggunakan tisu.
Selesai makan, Rihana ajak Hakim melihat bulan dan bintang sambil menikmati angin malam. Dia peluk Rihana sambil bersandar di palang besi balkoni hotel.
"Rinnnnn..."
Hakim buka mata. Rupanya, saat itu dia sedang memeluk tubuh sendiri di balkoni banglo keluarganya. Oh! Jauh benar dia mengelamun.
Langkah diatur masuk ke dalam. Badan direbahkan ke katil. Lengan diangkat menutup dahi. Apa sebenarnya yang sedang berlaku pada dia ni? Bertemu kembali dengan Rihana buatkan dia jadi macam orang sasau, makan pun tak ada rasa ke anak tekak.
Dari telentang, Hakim bergolek meniarap. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket. Sebut pasal makan, dia nak umpan Rihana dengan makanan yang Rihana suka.
"Waalaikumussalammm, Rin....” Nama Rihana terus dipanggil selepas menjawab salam wanita itu.
"Hakim? Mana you dapat nombor telefon I ni?" Rihana hairan sendiri. Terkejut pun ada. Bagaimana Hakim boleh tahu nombor telefon dia?
"You yang sms I, remember?"
Rihana tepuk dahi sendiri. Baru dia ingat tadi dia ada menghantar pesanan ringkas untuk memohon maaf pada Hakim. Nombor Hakim pula, memang dia ingat di kepala.
Tapi, Hakim langsung tak membalas pesanan ringkas yang dia hantar. Kenapa tiba-tiba Hakim menguhubunginya malam ini?
“Okey! So, call I nak apa ni?” soal Rihana.
"Rin... jom keluar teman I dinner."
Rihana hela nafas panjang. Bagaimanakah caranya dia mahu menghindari Hakim tanpa melukakan hati lelaki itu?
"I dah makan, Hakim. Lagi pun, I malas nak keluar."  Hanya itu alasan yang sempat Rihana fikir.
"Sekejap aje, pleaseee... Kita pergi restoran nasi Arab yang selalu kita pergi dulu." Hakim cuba memujuk, cuba untuk membangkitkan nostalgia lama di minda Rihana.
"Hakim... kalau boleh, I tak nak ingat apa-apa pun yang berkaitan dengan you." Akhirnya, Rihana terpaksa jua menjelaskan. Tidak mahu Hakim terlajak jauh ke depan dan mengharap yang bukan-bukan.
 Hakim terdiam. Jemari kanan dibawa ke dada sendiri. Di situ, terasa amat sakit sekali tatkala mendengar bicara Rihana.
"Rin... sebegitu bencikah you pada I? Sehingga apa saja yang berkaitan dengan I you tak mahu ingat?"
"Bukan begitu Hakim." nafi Rihana. Dia tiba-tiba jadi serba tidak kena. Kalaulah Hakim tahu bahawa dialah lelaki yang tidak pernah mampu dibuang dari kotak ingatan, tentu Hakim tidak akan tergamak berkata begitu
"Tolong fahami I Hakim. Tolong bantu I untuk lepas dari dosa dosa silam. Tolong bantu I untuk buang semua kenangan lama. Tolonglahhhhh...I merayu.” Rihana rasa nafasnya jadi tertahan.
Hakim yang masih di talian diam tak terkata. Saat ini, dia tak tahu apa yang dia rasa. Kesian pada Rihana dan kesian juga pada diri sendiri.
And... I need your help." ucap Rihana perlahan.
"Tolong lupakan I dan lupakan semua hal yang berkaitan dengan I." Rihana tahan tangis tapi, dua titis air jernih gugur jua ke pipinya. Melupakan Hakim dia memang tak pernah mampu untuk lakukan dan meminta Hakim melupakan dia adalah perkara paling menyakitkan pernah dia buat.
"Rin.. Itulah satu-satunya permintaan you yang tak mampu I tunaikan. Sebab.... I tak pernah mampu nak lupakan you." Mendengar luahan jujur Hakim, Rihana sudah teresak di talian. Sukarnya jalan untuk dia berubah ke arah kebaikan.
"Rin,... Kalaulah diberi peluang, sudikah you jadi isteri I yang sah? Atau, you mahu mencari lelaki baik-baik untuk menjadi imam you?" soalan Hakim buatkan jantung Rihana bagai terhenti berdegup.
Rihana tidak pernah ingin percaya bahawa lelaki yang punya segalanya seperti Hakim itu sudi ‘mengutip’ dia yang tak punya apa-apa ini dan diangkat sebagai isteri. Akal logiknya tak pernah terfikir tentang itu.
"I bukan wanita baik-baik Hakim. jadi, I tidak layak untuk mengharap lelaki yang baik-baik. Cukuplah  kalau lelaki itu boleh terima I seadanya." ujar Rihana.
Seketika, masing-masing diam seribu bahasa dengan talian masih bersambung. Kenapa malam ini suasana terasa sangat syahdu?
"Jujur dengan I Rin, selain dari I, adakah lelaki lain yang pernah bawa you ke bilik hotel?" Hakim tiba-tiba bersuara bertanyakan soalan yang tidak terduga oleh Rihana.
"Ada..." Perlahan suara Rihana menjawab. Rasa berdosa datang lagi menghempas di bahunya.
"Jujur dengan I, pernah tak you tidur dengan lelaki, I mean... lebih dari apa yang you buat dengan I?” soal Hakim lagi.
“Tak pernah!” pantas Rihana menjawab. Benar, Hakimlah satu-satunya lelaki yang pernah dia temani sehingga ke pagi. Lainnya, hanya minum-minum sambil layan sembang sebelum dihantar pulang.
Hakim senyum. Tak tahu kenapa, dia rasa bahagia sungguh-sungguh. Pengakuan Rihana entah benar atau tidak tetapi dia memilih untuk percaya. Mengenali wanita itu, dia tahu Rihana sentiasa jujur dalam berbicara dan yang penting Rihana tidak pernah hipokrit di depannya. Sebab itu dia kata Rihana berbeza dari perempuan lain yang pernah dia dampingi.
“Hakim... I nak putuskan talian. Ada hal sikit.” Rihana meminta diri dan Hakim tidak ingin mendesak. Banyak masa lagi.
Putusnya talian, senyuman Hakim makin lebar. ‘Be my wife Rihana, please....be my wife.’ bisik hati Hakim.
Saat yang sama, telefonnya tiba-tiba berdering. Tanpa memandang siapa yang memanggil dan hatinya menyangka Rihana yang menghubunginya, terus dia tekan butang hijau dan tekapkan telefon ke telinga.
“Ya, sayanggg..”  sapa Hakim.
"Sayanggg... “
Hah! Hakim spontan bangkit bersila. Badannya tegak memerhati skrin telefon. Bukan Rihana tetapi Nelly. Adoiiiii...sebut lagi perkataan wife, kan bakal wife dah muncul!
“Yap! Ada apa?” soal Hakim. Suaranya tiba-tiba berubah serius.
You free tak esok?" Nelly seakan merengek.
"Tak! I tak free." Hakim menjawab tanpa berfikir walau sesaat atau menunggu walau sedetik. Kalau dengan Nelly, dia memang tak pernah sudi untuk membuang masa.
"Alaaaa... I ingat nak minta you hantar I ke Bandar Utama, I ada shooting kat sana. Lepas tu kita pergi lunch sama-sama, dah lama tak jumpa you," Nelly bersuara manja. Tadi, dia sangat suka bila mendengar Hakim memanggilnya sayang. Sepanjang mereka kenal sehinggalah bertunang, tak pernah lagi Hakim memanggilnya begitu.
“Boleh la sayangggg...” rengek Nelly lagi. Hakim mula jadi rimas. Dia memang tak suka wanita yang manja campur mengada begini. Kalau bukan sebab papa dan mama, sumpah dia memang tolak Nelly mentah-mentah.
“Nelly, I’m busy. You tahu kan....”
You memang! Kalau dengan I memang selalu busy. Tapi, kalau angkut perempuan lain sana sini, tak pula busy!” Nelly memintas. Dia mula naik angin. Sudah berkali dia mengajak Hakim keluar tetapi nama saja tunang, tak pernah pun ada masa untuknya. Yang menyakitkan hati bila dia selalu dengar orang bercerita tentang Hakim yang usung perempuan lain sana sini.
“Nelly! I’ve told you before. Ikatan kita tak memberi hak untuk you mencampuri urusan perbadi I. Kalau you nak kekal jadi tunang I, tolong jangan sebut tentang semua tu. I juga tak pernah halang you campur dengan mana-mana lelaki.
“Benci!” Nelly terus putuskan talian. Bengkak betul hati dia dengan perangai Hakim.
Hakim pejam mata. Hatinya terasa tidak tenang. Kalau dulu, jika dia rasa begini, Rihanalah ubat paling mujarab untuk menghilangkan rasa itu.
Rinnnnn... I miss you. Tuhan...jagai dia untuk aku, kerana aku masih punya banyak halangan sebelum mengangkat dia sebagai isteriku.




Bab 8


Awal pagi lagi Encik Nazreen sudah bertenggek di meja Rihana sambil berpeluk tubuh. Tak cakap apa-apa, hanya pandang saja. Rihana yang terasa pelik, terus angkat kening tanda bertanya.
You tak rasa ke yang Hakim tu sebenarnya sukakan you?” Encik Nazreen bersuara tiba-tiba.
Rihana bulatkan mata. ‘Tak payah rasa-rasa bos. Semua tu dia memang dah tahu lama dulu. Dia memang tahu Hakim suka dia tapi rasa suka Hakim itu tidak mampu mencipta yang halal antara mereka.’ Bisik hati Rihana.
“Hana?” Nazreen tidak berpuas hati apabila Rihana hanya diam tidak mengulas.
“Bos... soal perasaan ni, I tak pandai nak jadi Pak Nujum. Lainlah kalau orang tu terus cakap yang dia suka I, baru I faham,” Rihana berselindung di sebalik jawapannya.
“Oh! Kalau I suka you, maknanya I kena cakap terus terang yang I suka you, baru you faham, begitu?”
Tidak sempat Rihana membalas, matanya sudah terpaku ke satu arah. Lembaga manusia yang tiba-tiba saja muncul di situ dengan renungan tajam ke arahnya buatkan tekak Rihana serta merta jadi kering.
Melihat tingkah Rihana yang pelik, Encik Nazreen toleh ke belakang. Terpandangkan Hakim yang tercegat dengan wajah mencuka, dia pantas bangkit berdiri
“Hakim.” Nazreen tunduk hormat. Rihana juga turut bangkit berdiri dan menundukkan sedikit kepala tanda hormat. Apa sekali pun, di dalam kawasan kerja, Hakim perlu dihormati sebagai orang yang lebih atas dan lebih berkuasa.
Selepas pengambilalihan kuasa oleh Royal Group lebih sebulan yang lepas, Hakim merupakan pemegang saham paling besar dalam Coral Global.
Encik Nazreen sendiri terkejut apatah lagi Rihana. Sewaktu mesyuarat tergempar lembaga pengarah lebih sebulan lepas, Hakim dan Datuk Adam tiba-tiba muncul untuk membuat pengumuman.
Mereka telah berjaya membeli lima puluh lima peratus saham Coral Global. Entah bagaimana Hakim boleh memujuk pemegang saham yang lain agar menjual syer mereka dengan begitu mudah sekali. Tapi, dengan duit apa saja tidak mustahil.
Pun begitu, Hakim masih mahu mengekalkan Encik Nazreen sebagai bos di situ. Cuma kata Hakim, dia hanya akan membuat sedikit perubahan dan ‘sedikit’ yang disebut Hakim itulah yang telah membuatkan Rihana betul-betul naik angin.
Can I see you?” Hakim bersuara pada Encik Nazreen tapi pandangannya menjeling Rihana.
Encik Nazreen pantas mengangguk dan mengemudi arah menuju ke biliknya diikuti oleh Hakim.
Rihana pula buat-buat sibuk. Malas nak pandang muka Hakim yang perasan bagus itu. Sejak mesyuarat lembaga pengarah hari itu lagi hati Rihana sudah membengkak. Apa taknya, Hakim dengan sombongnya berlagak seolah mereka tak pernah kenal.
Selepas dua minggu pengambilalihan, Hakim hadir pula ke Coral Global untuk mengadakan pertemuan dengan HOD (Head of Department). Pada hari tersebut juga Hakim langsung tidak menegurnya.
Okey! Rihana tidak kisah tentang itu. Mungkin Hakim sudah sedar yang di antara mereka tidak seharusnya ada sebarang hubung kait. Mungkin juga Hakim sudah sedar dan menerima permintaannya agar melupakan kenangan antara mereka, sekaligus melupakan dirinya.
Pun begitu, ianya tidaklah seperti yang disangkakan. Selepas mesyuarat tersebut, Rihana menerima arahan agar berpindah ke Royal Group. Bukan dia saja malah ada beberapa orang lagi. Tapi, Rihana tahu ini semua kerja Hakim. Rihana tahu Hakim sudah merancang semua ini bertujuan untuk ‘memaksa’ dia bekerja dengan lelaki itu. Orang lain yang dipanggil itu hanyalah untuk mengaburi mata pihak lain.
“Hana..... boleh tolong tak? Nak Nescafe kurang manis satu, pleaseeeee..” Encik Nazreen tiba-tiba bersuara di muka pintu biliknya yang sudah terkuak separuh mengejutkan Rihana yang sibuk melayan hati dengan sikap Hakim.
Huh! Rihana buat muka tapi dia bangkit jua untuk ke pantri. Ni mesti Hakim yang mengada minta sebab dia tahu Hakim memang minum Nescafe kurang manis sejak dulu. Letak susu satu tin baru tahu!
Selepas menghantar air ke bilik Encik Nazreen, Rihana ingin mengatur langkah untuk keluar namun dia ditahan dan diminta agar duduk menyertai mereka yang ketika itu sedang berbincang di sofa antik di sudut kiri bilik tersebut.
“Okey! You boleh tinggalkan kami berdua tak?” Permintaan Hakim pada Encik Nazreen buatkan Rihana tidak selesa. Berduaan dengan Hakim, bilik yang sebesar ini boleh menjadi sempit tiba-tiba.
Bukan saja Rihana, tetapi Nazreen juga terasa hatinya tidak sedap. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang pelik antara Hakim dan setiausahanya itu. Ketika pertemuan pertama mereka dulu lagi dia sudah curiga dengan pandangan Hakim terhadap Rihana.
Sebegitu sukakah Hakim pada Rihana sehingga sanggup mengeluarkan wang yang sangat banyak semata-mata untuk mendapatkan Coral Global? Sebegitu percayakah Datuk Adam pada Hakim sehingga sanggup memejamkan mata apabila Hakim menawarkan harga yang berkali ganda?
Hatinya cuba menafikan. Tak mungkin lelaki hebat seperti Hakim memandang wanita bertudung dan sopan seperti Rihana. Lagipun, Hakim sudah bertunang dengan model cantik lagi terkenal.
Pun begitu, Nazreen ikut juga permintaan Hakim dan bangkit dari duduk mengatur langkah keluar.
Sebaik pintu bilik tertutup, Hakim letakkan sampul surat putih ke atas meja kopi yang terletak di tengah-tengah sofa. Saat itu mereka berdua sedang duduk berdepan dan meja tersebut memisahkan jarak.
“Ambil balik surat tu.” arah Hakim.
Tanpa melihat pun Rihana tahu itu surat apa. Hakim fikir dia bijak tetapi Rihana lagi bijak. Tak payah susah-susah nak fikir bagaimana untuk bekerja dengan Hakim kerana dia memilih untuk menarik diri dan meletak jawatan.
“Kenapa mesti letak jawatan?” soal Hakim setelah Rihana tidak bertindak balas ke atas arahannya.
“I dah cakap sebelum ni kan?” Rihana balas dengan soalan juga. Matanya dijulingkan ke atas tanda bosan. Memang saat ini dia rasa sangat bosan. Bercerita tentang perletakan jawatan, dia tidak mahu mengulas lanjut. Sebab dia yakin Hakim tahu kenapa dia bertindak begitu.
“Sebab tak minat kerja dengan I?” Hakim meneka. Serius wajahnya tanpa segaris senyuman.
Rihana diam tidak menjawab. ‘Dah tahu buat apa nak tanya lagi?’ Rihana membentak dalam hati. Dia geram sebenarnya. Baru saja dapat menyesuaikan diri di sini, Hakim datang mengucar kacirkan keadaan.
“Atau you memang ada perancangan lain dengan Nazreen?” sinis nada Hakim, sengaja nak menyakitkan hati Rihana.
“Perancangan apa?” soal Rihana pantas. Tetiba kaitkan nama Encik Nazreen ni apa kes pulak?
“Manalah I tahu.” Hakim gelak sendiri.
Bukan dia tidak dengar bicara Nazreen ketika dia tiba tadi. Bukan dia tidak tahu pandangan mata Nazreen pada Rihana. Orang bodoh saja yang tidak faham. Tapi, pesanan hatinya pada Nazreen, langkah mayat dia dulu sebelum bermimpi untuk ‘menyentuh Rihananya’.
“Dia macam suka you. Mungkin juga you pun suka dia.” Hakim sekadar menduga.
“Ha’ah. Memang kami ada perancangan dan memang I suka dia.” Bersahaja Rihana menjawab, sengaja mencabar Hakim. Alang-alang dah dikata begitu, mengaku saja. Penat nak main soal jawab dengan lelaki yang tak faham bahasa macam ni.
“Oh!” Hakim senyum walhal dalam hati sudah bagai dicucuh bara merah.
 “Tapi, kalau I kata you harus juga bekerja dengan I, macam mana?” Hakim susun strategi. Wanita bijak seperti Rihana harus ditanggani dengan akal, bukan nafsu atau amarah.
Rihana dongak kepala. Pandangan bertembung buat seketika sebelum Rihana larikan wajah ke kanan. Debar yang hadir saat sinar mata Hakim memanah matanya buatkan Rihana makin tidak selesa. Rasa yang satu itu bagai datang menerjah ke jiwa wanitanya.
“I bagi pilihan, you tarik balik surat letak jawatan ni dan kerja dengan I atau you teruskan juga letak jawatan, I akan tutup Coral Global.”
“Hah?” Rihana terkejut. Matanya terkelip-kelip memandang Hakim. Sejak bila lelaki ni jadi sangat kejam macam ni?
“Pilihan di tangan you. Kalau you sanggup tengok lebih dua ratus pekerja kehilangan kerja, you teruskan letak jawatan.”
            “Tutuplah!” ucap Rihana dengan wajah bersahaja lalu bangkit berdiri. Bercakap dengan orang kejam, kita pun kena jadi kejam juga. Kadangkala, dalam satu-satu situasi, kita kena juga pentingkan diri sendiri.
            “Like I care...” ngomel Rihana perlahan sambil mencebik namun masih mampu didengar oleh telinga Hakim.
            Tanpa meminta izin, Rihana melangkah ke arah pintu untuk keluar. Nampak macam kurang ajar tapi ada dia kesah?
Menghantar pemergian Rihana dengan pandangan mata, Hakim tahan rasa hati. Rahangnya bergerak petanda dia sedang sangat marah. Tapi, dia masih boleh bersabar. Rihana banyak mengajar dia erti sabar. Kalau nafsunya yang satu itu pun dia masih boleh kawal demi Rihana, inikan pula rasa amarah.
Ali Radhiyallahu ‘anhu pernah berkata : Kedudukan sabar dalam iman sama halnya dengan kedudukan kepala dalam tubuh
Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (surah Al-Baqarah : Ayat 155)
Plan A tak menjadi, dia masih ada plan B dan juga C. Dia akan buat apa sahaja sehingga langkah Rihana jadi pendek dan tidak mampu lagi untuk lari. Tunggulah, saatnya akan tiba nanti.
Rihana buat muka bodoh saat Hakim melangkah keluar meninggalkan pejabat tersebut. Hakim nak marah pun apa dia peduli. Sekali fikir, Hakim sekarang ni sudah jadi berbeza dengan Hakim yang pernah dia kenal dulu. Tapi, memang pun dia bukan kenal sangat dengan latar belakang Hakim. Selalu pun kalau bertemu, Hakim mana ada cerita pasal kerja atau keluarganya. Yang mereka cerita cuma tentang hiburan dan keseronokan.

Bab 9
Seharian itu, Encik Nazreen nampak sibuk semacam. Nak tegur pun naik takut. Entah apa yang kelam kabut sangat. Mungkinkah Hakim sudah mengumumkan tentang penutupan Coral Global? Oh! Hatinya tiba-tiba jadi tidak sedap. Takkanlah Hakim sebegitu kejam.
Sehingga ke petang, persoalan tersebut menggangu fikiran Rihana. Mahu rasanya dia menghubungi Hakim dan memberi sedikit ceramah. Tetapi, mahukah Hakim mendengarnya? Ah! Tak mungkin.
Seharian berfikir tentang Hakim, petang itu lelaki itu muncul lagi. Ketika itu, Rihana sedang melangkah ke tempat letak kereta. Kali ini, Porsche Panamera Hakim diletakkan melintang menghadang di belakang kereta Rihana. Manakala Hakim pula sedang berdiri bersandar di keretanya sambil berpeluk tubuh.
Tanpa mempedulikan lelaki tersebut yang tercegat di situ, Rihana terus melangkah masuk ke dalam keretanya. Rasa geramnya pada Hakim tiba-tiba bertukar jadi benci.
Belum sempat Rihana mengunci keretanya, Hakim sudah masuk dan duduk di kerusi penumpang.
You nak apa lagi ni sesuka hati ceroboh masuk dalam kereta orang?” keras suara Rihana. Geramnya pada Hakim pagi tadi masih juga belum surut surut walaupun sudah diangkat wuduk berkali-kali.
“Alihkan kereta you! I nak balik ni.” Masih keras, Rihana memberi arahan.
Tell me first, apa hubungan you dengan Nazreen?”
Rihana cuba bertenang. Nafasnya ditarik panjang-panjang. Silap perkiraan, ada yang kena lepuk nanti.
“Sejak bila you jadi tak faham bahasa ni? Soalan you  tu I dah jawab tadi kan?” Tekan Rihana keras sekali.
“Itu bukan jawapan yang I nak dengar.”
“Habis? You nak dengar yang bagaimana? Yes! I ada hubungan istimewa dengan Encik Nazreen. So, you nak buat apa?” habis saja Rihana berkata-kata, tangannya yang memegang stereng kereta sudah ditarik kasar oleh Hakim.
Belum sempat berbuat apa-apa, sebelah lagi tangan Hakim sudah melepasi tubuh Rihana untuk menarik kekunci dan menurunkan kerusi tempat duduk Rihana.
 “Hakimmmm!!!” Rihana terjerit tatkala tubuhnya sudahpun terjatuh ke belakang dalam keadaan terbaring.
Pantas dan cekap, Hakim terus mengepung tubuh Rihana dengan mengunci kedua tangan agar tidak mampu bangkit atau bergerak walau seinci.
You tanya I nak buat apa kan?” Soal Hakim seakan berbisik di telinga Rihana tetapi nadanya terkandung emosi geram.
“Kalau I nak buat macam ni, apa you nak cakap?” soal Hakim lagi, mendekatkan wajahnya ke wajah Rihana yang sudah memusing wajah ke kanan dengan mata terpejam.
“Hakim please... jangan buat macam ni?” Rihana merayu. Nafasnya tiba-tiba jadi sukar untuk ditarik. Haruman DKNY Classic yang Hakim pakai membuatkan jantungnya kehilangan rentak.
“Kalau dari tadi bercakap macam ni dengan I kan bagus.” makin dekat bibir Hakim ingin menyentuh kulit pipi Rihana.
“Hakimmmm...” suara Rihana sudah berubah nada. Dia sudah hampir mahu menangis.
“Mmmm.....” Hakim pula mula keluarkan suara menggoda.
“Tolong lepaskan I dulu, Hakim.” Rihana cuba meronta namun apalah sangat tenaganya nak dilawan tenaga Hakim.
“Cuba panggil nama I macam you panggil tadi. I love that tone,” umpan Hakim. Sungguh, suara Rihana yang menyeru namanya tadi seperti yang selalu Rihana lakukan suatu ketika dulu dan dia sangat sukakannya.
“Seems like ‘my old Rihana’ is back,” bisik Hakim, menggoda. Matanya terpejam rapat. Dia ingin menggoda Rihana sebenarnya tetapi haruman dari tubuh Rihana buatkan dia pula yang tergoda.
Hakim yang sedang hanyut memberi peluang untuk Rihana melepaskan diri. Namun, sebaik matanya terbuka, pandangannya jatuh pada lembaga manusia yang berdiri tercegat di luar pintu.
Oh! Melihatkan gerangan lelaki yang merenung tajam ke arah mereka itu, Rihana rasa seperti langit runtuh ke bumi. Dia memang tak buat apa-apa tetapi keadaan mereka dalam keadaan berbaring dengan Hakim hampir menindih tubuhnya itu, sesiapa yang melihatpun akan menaruh curiga.
Rihana tolak kuat tubuh Hakim dan kerusi yang terbaring itu ditegakkan. Apa yang dia rasa saat itu tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Matanya tiba-tiba saja bergenang air jernih.
Nazreen masih tegak berdiri di situ. Kakinya bagai dipaku. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Tadi, ketika menapak ke keretanya di hujung sana, dia ternampak sebuah kereta sedang terparkir menghadang di belakang kereta Rihana. Dia cuba mendekat. Kereta Rihana pula telah dihidupkan enjin tetapi dari jauh  tidak pula kelihatan orang di dalamnya. Lantas dia menghampiri dan apa yang dilihatnya sungguh mengejutkan.
Rihana buka pintu kereta dan keluar berdiri mengadap Encik Nazreen dengan pintu separuh terbuka. Dia tak tahu nak buat apa waktu itu. Yang terfikir di kepalanya hanyalah untuk menjelaskan apa yang sedang berlaku.
“Tak sangka, you rupanya perempuan sebegini. Kalau I tahu, dari awal lagi I dah ‘bayar’ you. Mahal pun tak kisah, janji dapat ‘merasa’.” Bisa sindiran Encik Nazreen buatkan sekeping hati Rihana berpecah menjadi kepingan kecil. Rasa harga diri seperti tercampak ke longkang.
Mendengar kata-kata Nazreen, Hakim pantas meluru keluar dan menerpa ke arah lelaki itu. Kolar baju Nazreen ditarik kasar sehinggakan lelaki itu terdorong ke depan tanpa sempat berbuat apa-apa.
“Hakimmmm!!!!” Rihana menjerit sebelum sempat penumbuk Hakim singgah di muka Encik Nazreen.
“Stop it!!!!” jerit Rihana lagi.
“Jangan sesekali you berani hina dia seperti tadi.” Hakim jatuhkan penumbuknya. Kalau bukan sebab Rihana melarang, Nazreen tentu ‘selamat’ dia  kerjakannya.
Go!” jerkah Hakim sambil menolak kasar tubuh Nazreen. Lama lagi Nazreen di situ, takut sabarnya akan hilang.
Nazreen mendengus geram sambil membetulkan kolar bajunya yang ditarik Hakim. Langkahnya diatur dengan jelingan ke wajah Rihana.
Rihana masuk kembali ke dalam kereta. Matanya dipejam rapat dan air jernih yang cuba ditahan sejak tadi gugur jua menyentuh pipi. Tangannya dibawa ke dada dan badannya dibongkokkan ke depan. Dahi dilekatkan ke stereng kereta.
Tanpa suara, badannya bergegar menahan tangis yang makin menggila. Kenapa takdir hidupnya jadi sebegini sukar?
“Rin...” perlahan Hakim memanggil. Dia yang kini sudah kembali masuk di tempat penumpang  jadi tersentuh hati melihat keadaan Rihana yang begitu. Sungguh, sepanjang mengenali Rihana, dia tidak pernah melihat wanita ini menangis begini kerana Rihana yang dia kenal adalah seorang yang easy going dan happy go lucky.
“I’m sorry...” luah Hakim. Rasa bersalah datang bertimpa-timpa jatuh ke hatinya.
I’m sorry Rinnn..” ucap Hakim lagi. Kalau boleh dia ingin membawa Rihana ke dalam pelukannya tetapi dia tahu, jika dia berani berbuat begitu, Rihana pasti mengamuk.
I hate you!” Jerit Rihana dengan wajah masih menekur stereng kereta.
“Rinnn..” Hakim cuba untuk memujuk.
“I hate you Hakim. I hate you.....” Tangis Rihana makin kuat.
“I’m sorry Rin..really..really sorry,” ucap Hakim lagi penuh nada ikhlas.
“Sorry you tu tak mungkin mampu kembalikan maruah I Hakim.” Balas Rihana dalam esak tangisnya.
“You pergilah. I merayu Hakim, tolong pergi sekarang.”
“Mari I hantar you balik. Tinggalkan kereta kat sini.” Hakim tidak mengendahkan permintaan Rihana.
“No!!!!” Jerit Rihana. Kepalanya diangkat. Matanya yang merah merenung tajam ke arah Hakim.
“Keluar!!!!” jeritnya lagi.
Hakim tarik nafas. Kedua tangannya diangkat tanda mengalah. Pintu dibuka perlahan. Sebelah kakinya dikeluarkan. Namun badannya dipusing ke arah Rihana.
“Last time, you left me without a word. But today, I’ll never do the same.” Hakim tarik nafas.
“I know I was wrong but I never meant to hurt you. Knowing you is the best thing that happened to me but it’s also hurting me so badly.”
Hakim melangkah pergi tapi dia tahu, dia takkan mampu pergi jauh meninggalkan Rihana.
Rihana menangis lagi. ‘Hakim, kalau boleh memutar waktu, I tak mahu mengenali you dengan cara kotor begitu. I want you Hakim, tapi.... dengan apa yang kita sama-sama rasa, belum cukup untuk membina sebuah bahagia.



Bersambung 

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget