Wednesday, 3 September 2014

Prolog : MUTIARA HATIKU..RAFFLESIA - BILL BORA


Prolog

Anis pejamkan mata, menarik nafas dalam sebelum dihela perlahan. Dari balkoni biliknya, dia berdiri menala pandangan ke arah langit yang mulai bertukar warna. Garis-garis jingga mula kelihatan. Matahari sudah mula mahu menghilang di balik horizon. Sebentar lagi, malam akan menjelma, tanda hari itu bakal berakhir tak lama lagi. Esok si matahari akan muncul kembali, membawa lembaran hari yang baru.
Keluhan terlepas dari bibir Anis. Hari berganti hari. Matahari dan bulan saling bertukar tugas. Namun kemelut di hatinya masih lagi tidak reda. Alangkah bahagianya kalau matahari itu tenggelam membawa sekali masalah di hati. Tapi bak kata Birsha, sejauh mana dia cuba lari, selama mana dia cuba mengelak, lambat laun dia perlu berikan jawapan. Lebih elok dirungkaikan segalanya awal-awal. Bimbang kalau lewat, akan mengundang lebih banyak masalah kelak.
 Ya…Dia perlu memberi jawapan. Ada empat hati yang menanti sebuah jawapan daripadanya. Dia tahu, untuk dia berikan sebuah jawapan, pasti ada tiga hati yang akan terluka. Persoalannya hati siapa? Dia…insan yang mengajarnya erti berjuang untuk kebahagian sendiri? Dia…insan yang selama ini berada di sisinya ketika dia keseorangan? Dia…insan yang rupanya selama ini menyimpan rasa padanya? Atau dia… Insan yang mengenalkan dia pada sebuah perasaan bernama cinta?
Langit sudah mula bertukar jingga. Telefon bimbit di atas meja di sebelahnya dicapai. Telefon yang dimatikan sejak seminggu yang lalu dihidupkan kembali. Jari jemari dilarikan di atas skrin telefon. Ikon phonebook dibuka, mata mencari nama seseorang.
“Anis…” Anis berpaling tatkala mendengar namanya diseru.
“Birsha…” Dia tersenyum kecil ke arah gadis berbangsa Nepal yang menjadi temannya sejak dia menjejak kaki ke negara eksotik ini. Mata Birsha dilihat melirik ke arah telefon di tangan. Si gadis tersenyum, faham.
 “You have your answer?” Anis senyum nipis. Sudahkah dia punya jawapannya?



5 comments:

  1. 4 hati menunggu. Hati mana satu yg terpilih. Memang dh mcm refflesia kan. Hati yg tiada nilai pastinya yg bakal menjadi pilihan Anis.

    ReplyDelete
  2. oh mai mai...best ..best...garapan ayat2 yg mmg boleh dihadam...ini bru intro....

    ReplyDelete
  3. Jauhnya Anis lariii....
    Prolog nie Simple tp punya macam2 persoalan..
    Dear writer sila la Sambung yaa...

    ReplyDelete
  4. terima kasih, akan menemui anda tak lama lagi

    ReplyDelete

There was an error in this gadget