Sunday, 10 May 2015

Prolog: SEPTEMBER -FARAH HUSAIN




THEY said the best revenge is living well…

Manusia boleh menyayangi sepenuh hati. Tapi jika sekali rasa sayang itu dikhianati, perasaan indah yang penuh di hati itu boleh bertukar menjadi benci. Dan benci itu boleh merubah diri seseorang hingga timbul rasa dendam di hati. Dendam yang lama kelamaan memakan diri.
        Tapi…
        Berbaloikah menyeksa diri demi sebuah dendam?
        Sampai bilakah hendak dibawa luka di hati?
        Bukankah kemaafan itu mampu padamkan dendam dan mengubat luka?
        Namun…
        Maaf.

Sepatah ayat mudah dilafaz sesiapa sahaja hingga ada masa ia hilang maknanya. Namun maaf         akan jadi mahal nilainya jika lafaz itu bersulamkan keikhlasan.

        Musim silih berganti. Hidup belum lagi terhenti.
        Dia yang bersalah, sudah acapkali memohon kemaafan.
        Namun si dia yang terluka, masih belum mampu memaafkan…
         
        Dear Zayn,
        Luruh cinta kerana dusta
       Sampai bila kita nak macam ni?
      Jazleen
  September 20
        
         
        Dia tutup buku notanya sebelum menoleh, pandang lelaki yang lena terbaring di katil. Sappy Jaz…sappy!  Tapi, hati dia tengah menanggung lara, jadi dia ada permit nak jadi sappy! 


There was an error in this gadget